As salam,
Tahun lepas, saya pernah mengambil kursus UBS accounting software di Kolej Komuniti Hulu Langat. Kelas tersebut diadakan lebih dari satu hari dengan modul yang diajar secara berperingkat-peringkat. Pada keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan kursus yang telah saya ambil kerana:
1) bayarannya murah. Untuk kelas yang saya telah hadiri, yuran kursus cuma RM7 setiap kelas dan RM65 untuk buku dan yuran peperiksaan.
2) Sijil disediakan setelah tamat kursus dan lulus ujian.
Pada tahun ini, saya juga bercadang untuk menghadiri sebanyak mungkin kelas. Saya telah pun mendaftar kursus Nasi Arab Maglubah pada 22 Feb di Kolej Komuniti Selayang. Yuran kursus cuma RM90, dan bahan-bahan disediakan.
Sesiapa yang berminat, bolehlah menghubungi terus Kolej Komuniti Selayang(KKS). Buat masa ini pembayaran hanya diterima di kaunter KKS. Hasilnya saya akan update nanti! :)
No comments:
Post a Comment