Salam,
Untuk warga Gombak terutamanya yang tinggal di sekitar Taman Greenwood pada tahun 80 an - 90 an tentunya mengetahui tentang bas mini 14 yang berhenti di stesen Greenwood. Masa tu, bas 14 ni kami naik untuk ke Chow Kit, Sogo dan stesen akhirnya di Central Market. Rasanya bas ni dulu warnanya merah agaknya, lepas tu ditukar kepada warna merah jambu. Harga tiket bas, rasanya 30 sen untuk kanak-kanak, 50 sen dewasa.
Bas panjang pun ada di Gombak masatu, tapi bas tu cuma lalu di depan Greenwood, dan stesennya di Taman Sri Gombak kalau tak silap la.. Saya agak je sebab bas tu menuju ke arah Sri Gombak. Bas tu nama dia bas Len Seng.
Kenangan saya dengan bas 14 ni memang banyak.. dulu kalau saya naik bas ni, saya takut sangat nak tekan loceng. Sebabnya malu sangat. Takut nanti kalau kita tekan loceng, semua orang tengok kat orang yang menekan loceng tu. Memang konflik dalaman diri la tu, maklumlah, budak sekolah rendah lagi.
Tempat yang saya selalu pergi dulu semestinya area Sogo. Dulu saya juga selalu tengok wayang dengan mak dan adik-adik di pawagam odeon depan Sogo tu. Rasanya masa tu movie Awie- Erra tengah meletup-letup. Filem Pasrah, Maria Mariana.. semuala gi tengok kat wayang masa tu. Naik bas 14 tu lah. Lepas je tengok wayang boleh jalan-jalan ke Sogo sekejap sebelum balik rumah.
Yang ni ada link dari youtube dalam filem Sikit Punya Gila.. haha Bas Mini 14 in action. Yang dalam filem ni versi lagi lama dari yang saya ingat. Yang ni gambar bas dr forum Rapid KL City Shuttle. Bas 14 macam nilah lebih kurang cuma nombornya 14, yang dalam gambar ni nombor 61.
Ada satu kenangan yang agak tragik tentang bas 14 ni. Ada sekali tu, sebuah bas 14 terjunam masuk ke dalam Sungai Gombak dekat dengan masjid Simpang Tiga. Masa tu saya dapat tau pun sebab konduktor bas tu anak jiran rumah saya. Katanya, tak ramai orang dalam bas masatu, dan takde kemalangan jiwa yang berlaku. Tapi, cerita sebenar wallahua'lam lah, cuma mereka yang terlibat je yang tau apa yang berlaku. Maklumlah masa tu takde FB semua, berita tu pun rasanya takde masuk TV atau surat khabar pun..
Bas 14 ni kemudiannya digantikan dengan bas Intrakota. Bas 14 dulu takde aircon, tingkap buka dari tengah. Bas Intrakota tu, ada aircond, jadi lebih selesa. Lepas je bas 14 tu digantikan, dah tak nampak lagi dah kelibat bas tu di mana-mana. Apa agaknya syarikat bas tu buat pada bas tu? Mungkin dijual semula ke pengusaha bas sekolah atau dilupuskan agaknya lah.. Tapi, sememangnya bas 14 tu banyak berjasa, terutamanya kepada penduduk sekitar Taman Greenwood. :)
No comments:
Post a Comment